SILA LIKE PAGE FACEBOOK

Saturday, August 11, 2018

[VIDEO] Awie Ke Sawie? Hahaha Berangan Lagi! Kan Dato’ Awie Dah Rampas Mic

[VIDEO] “Awie Ke Sawie?”Hahaha Berangan Lagi! Kan Dato’ Awie Dah Rampas Mic



Gandingan duo pelawak popular, Zizan Razak dan Johan atau lebih dikenali sebagai Jozan kembali dipertemukan dalam program bual bicara terbaru yang akan bersiaran secara langsung selama 40 minggu. 




Zizan mengakui dia merindui program sebegini selepas kali terakhir penampilan mereka bersama menerusi program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2012.
“Saya sudah lama tiada program ‘talk show’ dan sangat rindu untuk bersama Johan. Jozan dulu mungkin ada kekurangan tapi kali kini kami mahu semua lebih berhibur,” katanya pada sidang media program terbaru, Jozan di Kuala Lumpur, hari ini.
Tambahnya, peminat sudah lama tidak menyaksikan aksi jenaka Jozan dan kali ini mereka juga akan membawa kejutan pada penonton.


Menariknya, program Jozan yang akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 24 Julai ini menjadi program pertama untuk slot Lawak Live pada setiap Selasa jam 10 malam.
Kali ini, program selama sejam ini mengetengahkan isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi dan temubual.
Sebanyak 22 aktiviti hiburn diwujudkan dalam program ini antaranya Perang Jantina, Bakat Ke Laut, Kita Ke Mahkamah, Lip Sync Battle, Horror Latah, Bual Bicara dan Hos vs Hos Challenge.
Antara perkara yang mencuri perhatian penonton ialah apabila Johan menyanyikan lagu Dato’ Awie sambil meniru gaya pemakaian serta nyanyian beliau dan turut disaksikan sendiri oleh Dato Awie. Kemudian Dato’ Awie bertindak naik ke pentas dan merebut mikrofon daripada Johan ketika bersiaran langsung. Seluruh penonton di studio ketawa melihat gelagat mereka berdua. Video ini telah dimuat naik di laman Instagram dan meraih hampir 9 ribu tontonan dalam masa 2 jam.

VIDEO :



Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @JordanTeohJunAnn


No comments:

Post a Comment