SILA LIKE PAGE FACEBOOK

Friday, August 10, 2018

[VIDEO] Gara-Gara Muka Persis Gadis Korea, Janna Nick Dapat Nama ‘Jang Na Nick’

[VIDEO] Gara-Gara Muka Persis Gadis Korea, Janna Nick Dapat Nama ‘Jang Na Nick’


Pelakon Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner sememangnya popular dalam bidang lakonan malah beliau telah pun melebarkan sayapnya sebagai seorang penyanyi.
Menerusi Insta Story miliknya, pelakon berusia 23 tahun itu telah meluaskan lagi bakatnya di negara asing pula untuk menjayakan penggambaraan sebagai duta Vivo di Korea.
Pelakon drama Dia itu telah berkongsi beberapa keping gambar OOTD ketika berada di negara tersebut dengan gaya baju yang ringkas dan sederhana.

Walaupun fesyen Janna hanya mengenakan seluar jeans, t-shirt putih dan sling bag kecil, gambar tersebut telah mendapat pujian ramai peminat dan pengikutnya.


Komen Netizen:

Gadis Kedah Ke Gadis Korea Ni?

Antara pujian dari netizen yang membanjiri komen pada posting tersebut adalah memuji penampilan Janna yang kelihatan seperti gadis Korea walaupun beliau berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Macam Gadis Jepun Dan Hong Kong Pulak…

Bukan itu sahaja, ada juga menyifatkan wajah Janna yang comel itu seakan tidak ubah seperti gadis di Jepun dan Hong Kong.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @JordanTeohJunAnn
Sumber : IG Janna Nick / ohmymedia

No comments:

Post a Comment