SILA LIKE PAGE FACEBOOK

Sunday, August 12, 2018

[VIDEO] Korang Ingat Senang Ke Nak Jadi Pelakon Suara Dalam Filem Kartun – Zizan Razak

[VIDEO] “Korang Ingat Senang Ke Nak Jadi Pelakon Suara Dalam Filem Kartun” – Zizan Razak




FILEM animasi yang bakal ditayangkan pada 16 Ogos ini, Wheely, menggunakan suara selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan Lisa Surihani.




Penerbit Eksekutif filem Wheely, Datuk Norman Abdul Halim memberitahu, filem ini telah menelan belanja sebanyak RM10 juta untuk dihasilkan.Menurut Norman, filem ini merupakan filem animasi paling mahal yang pernah dihasilkan oleh kumpulan syarikat KRU.
“Bajet merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi untuk menghasilkan filem ini. Pasaran kami kecil sahaja, jadi kami tiada pelabur yang ingin melabur.
“Kami hanya mengharapkan daripada dana-dana dalaman dan pinjaman untuk menjayakan filem ini,” katanya.
Norman ditemui di majlis tayangan perdana dunia filem Wheely di GSC Pavillion baru-baru ini.
Walaupun filem ini belum ditayangkan tetapi berjaya mendapat pra-jualan ke lebih 100 buah negara antaranya seperti Amerika Syarikat, China, Jerman, United Kingdom, Korea Selatan, Rusia, Brazil dan banyak lagi.
“Ia satu kejayaan sebenarnya buat industri animasi tempatan selain ia bukti tenaga kerja dan produk Malaysia setanding dengan antarabangsa,” kata Norman lagi.

Zizan Razak berkongsi di laman IGnya dibelakang tadbir menjadi pelakon suara dengan caption “Korang ingat senang ke nak jadi pelakon suara dalam filem kartun? Nah tengok ni ..
VIDEO:






Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @JordanTeohJunAnn


Sumber: IG Zizan Razak




No comments:

Post a Comment